Draf

Privacy Policy

Privacy policy ini menerangkan maklumat yang dikumpul melalui website Qilloz Pizza, tujuan pengumpulan, dan cara maklumat tersebut digunakan.

Dokumen ini adalah draf kerja dan masih menunggu semakan undang-undang oleh pihak Qilloz sebelum pelancaran.

Maklumat yang kami kumpul

Website Qilloz tidak memerlukan anda membuat akaun dan tidak memproses pembayaran.

Satu-satunya borang di website ini ialah borang kelayakan licensing. Borang tersebut mengumpul nama, nombor WhatsApp, emel, negeri, kawasan pilihan, status premis, jenis bisnes semasa, saiz ruang, anggaran bajet, tarikh mula yang disasarkan dan model licensing pilihan anda.

Bersama borang tersebut, kami turut merekodkan halaman sumber, parameter UTM, referrer dan cap masa penghantaran, untuk memahami dari mana permohonan itu datang.

Cara maklumat digunakan

Maklumat borang licensing digunakan semata-mata untuk menilai permohonan anda dan menghubungi anda berkenaan peluang licensing Qilloz.

Team Qilloz akan review permohonan terlebih dahulu sebelum menghubungi anda. Tiada consultation ditempah secara automatik.

Kami tidak menjual maklumat anda kepada pihak ketiga.

Order melalui WhatsApp dan Foodpanda

Butang order di website ini membawa anda ke WhatsApp atau ke Foodpanda. Setelah anda meninggalkan website Qilloz, maklumat anda dikendalikan mengikut terma platform berkenaan, bukan terma ini.

Qilloz tidak menerima atau menyimpan kandungan perbualan WhatsApp anda melalui website ini.

Lokasi anda

Fungsi Guna Lokasi Saya menggunakan lokasi peranti anda hanya untuk menyusun senarai outlet mengikut jarak, di dalam pelayar anda sendiri.

Lokasi anda tidak dihantar ke server Qilloz dan tidak disimpan.

Hak anda

Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman maklumat yang anda hantar melalui borang licensing.

Hubungi kami di qillozpizzahq@gmail.com untuk sebarang permintaan berkaitan data anda.